Header Ads

Ahmad Sobri Ismail Lagenda Kami, Legasi Kami




PENJAGA GOL paling berharga pernah negeri Kedah miliki selain Azmi Mahmud, Wan Mohamad Rozaimi, S Ragesh & ramai lagi. Bersaing hebat dengan rakan sepasukan terutamanya Azmi Mahmud baik untuk mewakili pasukan Kedah & kebangsaan.

.

Penuh berwibawa & mempunyai karekter yang hebat sepanjang mewakili pasukan Kedah hingga berjaya membantu pasukan negeri Kedah mengecap kesemua kejuaraan utama didalam negara.

.



Nama : Ahmad Sobri Bin Ismail.

Asal : Alor Setar, Kedah.

Born : 11 Mei 1963.

Posisi : Penjaga Gol.

No Jersi ; 1


Antara detik yang paling dingati pastinya pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada tahun 1993, dimana Ahmad Sobri Ismail pada malam itu, cemerlang menafikan segala percubaan pemain Singapura serta berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti pasukan lawan untuk membawa kejayaan gemilang buat Kedah menjulang trofi berprestij itu buat kali ke2 dlm sejarah.

.

Kejuaraan yg melengkapkan tahun gemilang pasukan Kedah kerana berjaya muncul JUARA BERGANDA setelah hebat mendominasi kejuaraan Liga Semi-Pro 1993, biarpun hanya semusim baru dinaikkan dari Liga Bahagian 2.

.


Setelah bersara menjadi pemain, Ahmad Sobri menjadi jurulatih penjaga gol utk pasukan Kedah. Berjaya melahirkan nama nama besar utk pasukan Kedah seperti Helmi Eliza Helmi Elias, Alhafiz Hamzah, Hadi Hamid & ramai lagi. Kejayaan beliau sebagai jurulatih juga tidak kurang hebatnya. Bersama Kedah disamping Coach Mohd Azraai Khor & Lagenda Radhi Mat Din, berjaya menghadirkan pelbagai nikmat kejuaraan & pastinya kejuaraan Double Treble akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.

.

Banyak lagi sumbangan & jasa agung dari Ahmad Sobri Ismail terhadap pasukan Kedah yang tak mampu dihitung. Semoga jasa baik lagenda kita ini akan menjadi kenangan buat kita sentiasa, buat inspirasi & semangat utk generasi sepanjang zaman!

.



No comments

Powered by Blogger.
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe