Header Ads

KEDAH & JDT Mara Ke FINAL PIALA MALAYSIA 2019





PETALING JAYA: Pasukan JDT dan Kedah mara ke final Piala Malaysia 2019 selepas masing-masing menewaskan Selangor dan Pahang dalam perlawanan peringkat separuh akhir kedua yang penuh mendebarkan dan kontroversi,

Dengan keputusan ini, JDT dan Kedah akan mengulangi perlawanan akhir 2017, di mana Johor menundukkan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam.

Perlawanan akhir edisi 2019 akan berlangsung pada 2 Nov di Stadium Bukit Jalil.

Baca Juga : JDT Terkam Pahang,Kekal Pendahulu LIGA
JDT menumpaskan Selangor dengan agregat 5-1 selepas menjaringkan tiga gol tanpa berbalas di Stadium Shah Alam.

Dalam pada itu, Kedah mengatasi Pahang untuk mara ke final selepas kedua-duanya terikat dengan agregat 8-8, masing-masing menjaringkan 5 gol di Stadium Darul Makmur. Kedah mara ke final berdasarkan peraturan berkaitan gol di tempat lawan.

Dalam pusingan pertama minggu lepas, JDT mengatasi Selangor 2-1 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos manakala di Stadium Darul Aman, Kedah dan Pahang terikat 3-3.

Dalam pertemuan di Stadium Shah Alam, pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Safawi Rasid muncul wira JDT apabila meledak jaringan hatrik bagi membenam juara 33 kali, Selangor 3-0 sebelum melangkah ke pentas final dengan agregat 5-1.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu membuka tirai jaringan pada minit ke-24 setelah menolak masuk bola hasil lorongan cantik Mohd Afiq Fazail, lapor Bernama.

Muhammad Safawi mencipta gol peribadi kedua pada minit ke-46 menerusi percubaan cantik daripada luar kotak penalti, sebelum meledak gol ketiga selang lima minit kemudian setelah memanfaatkan hantaran daripada Gonzalo Cabrera.

Pada aksi di Kuantan, 5 gol skuad Lang Merah dijaringkan oleh Fernando Rodrigues pada minit kelapan dan minit ke-117, Jonathan Bauman (54), Baddrol Bakhtiar (85), dan Renan Alves pada minit ke-92.

5 gol Pahang disumbangkan oleh Dickson Nwakaeme pada minit ke-33 dan minit ke-120, Lazarus Kaimbi (71 dan 76), selain sepakan penalti oleh Herold Mark Goulon pada minit ke-114 perlawanan.

Oleh itu Kedah dan JDT mara ke pentas Final edisi 2019 di Stadium Bukit jalil pada 2 November 2019 dan sekali lagi kedua-dua pasukan ini akan berentanp merebut kejuaraan Piala Malaysia 2019.

sumber : FreeMalaysiaToday


video:  10 gol terhasil Pahang vs Kedah di Darul Makmur




Suggestion Video :
Inside View Kedah vs Pahang SF2 Piala Malaysia 2019
6 ASSIST 1 GOAL BADDROL BAKHTIAR PM2019 SF1
> Gol Rabona Yashir Pinto PKNP FC vs KEDAH FA


No comments

Powered by Blogger.
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe