Header Ads

𝗟𝗔𝗡𝗝𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗧𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗟𝗥𝗧 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗟𝗜𝗟



𝗟𝗔𝗡𝗝𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗧𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗟𝗥𝗧 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗟𝗜𝗟 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗔𝗟𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗔𝗟𝗔 𝗔𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟯




KUALA LUMPUR, 18 November 2019 - Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali sistem rel transit akan melanjutkan waktu perkhidmatan di Stesen LRT Bukit Jalil pada 19 November 2019 (Selasa), sehingga jam 1.00 pagi sempena perlawanan di antara pasukan Malaysia dan Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.



Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.


Tiga laluan bas Rapid KL akan dilanjutkan perkhidmatan dimana bas terakhir akan berlepas pada jam 1pagi. Laluan yang dilanjutkan adalah seperti berikut;



- 652 Stesen LRT Awan Besar Bt 3 Jln Klang Lama

- T580 Stesen LRT Awan Besar TPM via Stesen LRT Bukit Jalil
- T582 Stesen LRT Awan Besar LRT Salak Selatan via Bukit Jalil


Untuk mengelak dari kesesakan di jalanraya, Rapid KL menyarankan warga kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke stadium pada hari tersebut, serta menggunakan kad Touch ‘N Go atau beli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan yang lebih lancar.



Para pengguna perkhidmatan awam pada malam tersebut juga dinasihatkan untuk menjaga keselamatan masing-masing, dan sila berhubung dengan petugas stesen sekiranya memerlukan bantuan.



Walaubagaimanapun, bagi yang ingin memandu pada malam perlawanan itu nanti, mereka boleh meletakkan kenderaan mereka di stesen-stesen LRT berdekatan dengan stadium yang menyediakan perkhidmatan parkir, antaranya Stesen LRT Muhibbah, Stesen LRT Awan Besar serta Stesen LRT Sri Petaling.



Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL


No comments

Powered by Blogger.
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe