Header Ads

300 RIBU TIDAK CUKUP !!!!



300 RIBU TIDAK CUKUP,KEDAH MAHU LEBIH ISU AKHYAR, TINDAKAN TERHADAP JDT DITERUSKAN

Kes tuntutan pampasan terhadap Akhyar Rashid masih belum berakhir dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan terus membuat tuntutan supaya nilainya ditambah, sepadan pelaburan dibuat bagi membangunkan pemain tersebut.

Setiausaha Kehormatnya, Asmirul Anuar Aris berkata, jumlah RM300,000 dirasakan masih belum mencukupi dan hanya sepadan dengan nilai pampasan untuk menebus baki kontrak semata-mata.

"Kalau ditambah dengan yuran perundangan dan sebagainya, KFA akan menerima kira-kira RM327,000. Tetapi bagaimana dengan soal latihan, perbelanjaan yang kita lakukan untuk 'menaikkan' pemain itu sebelum ini kerana jumlah itu juga sepatutnya diambil kira.

"Kita telah menerima nasihat dari peguam yang mengatakan boleh 'masuk' kali kedua yang memungkinkan nilai pampasan itu ditambah. Soal pemain itu mahu membuat rayuan untuk mengurangkan nilai pampasan, itu hak dia," katanya.

baca juga : Senarai Pemain Kedah FA 2020 |  Liga Malaysia Akan Bermula Hujung Bulan


Sementara itu katanya, KFA pada hakikatnya tidak hanya bertindak terhadap Akhyar malah turut mengambil langkah sama terhadap JDT.

"Dalam hal ini kita ambil tindakan terhadap kedua-duanya iaitu Akhyar dan JDT. Kes Akhyar telah dibawa ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang mana kita dah dapat keputusannya sementara kes JDT masih belum berlangsung, masih ada di FAM.

"Kalau tak selesai di FAM atau keputusan itu masih belum memihak kepada kita, KFA akan teruskan kes itu ke pihak berwajib seterusnya," katanya.

video : 12 Pasukan Yang paling Bernilai Liga Malaysia

Tambahnya, KFA tidak berminat untuk bercakap mengenai perkara itu dari sudut emosi atau peribadi tetapi lebih kepada dasar profesional berlandaskan undang-undang dan prinsip.

"Kita ada ruang kemuka hak dan Akhyar ada hak untuk merayu. Kita bergerak atas dasar profesional," katanya.

Sumber :- Warta Kedah










 Kesimpulannya, Kedah bukan sekadar ambil tindakan kepada Akhyar, tetapi juga JDT.

No comments

Powered by Blogger.
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe