Header Ads

WAJARKAH KFA BAGI "KAD KUNING" KEPADA RENAN ALVES ?


WAJARKAH KFA  BAGI "KAD KUNING" KEPADA RENAN ALVES ?

Alor Setar: Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah menganggap Persatuan Bolasepak. Kedah (KFA) patut memberi teguran atau amaran kepada pemain pertahanan, Renan Alves.
Azraai yang pernah menjulang kejayaan dua kali juara ‘treble’ bersama Helang Merah
berkata, ia penting bagi memastika pemain kelahiran Brazil itu tidak mengulangi tindakan yang boleh merugikan pasukan pada masa akan datang.

“KFA wajar memberi peringatan atau surat amaran buat Alves sebagai langkah membentuk tahap permainan lebih berdisiplin yang menjadi sebahagian daripada etika pemain profesional.
“Perkara sama dilalui pemain import Nelson Sam Martin yang pernah diberi amaran
akibat gagal mengawal emosi, namun dengan teguran dan amaran yang diberikan akhirnya dia berjaya menghasilkan corak permainan yang diharapkan."
“Ada juga pemain di zaman Robert Albert dahulu iaitu Peter Nieketien yang juga pernah diberi amaran untuk dikenakan denda jika gagal mengawal emosi waktu perlawanan,” katanya. Segelintir penyokong Kedah mengkritik tindakan Alves yang menampan bola menggunakan tangan ketika aksi playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) berepan FC Seoul, Khamis lalu yang menyaksikan dia dibuang padang, selain lawan diberikan sepakan penalti.



Berdasarkan rekod musim lalu juga Alves pernah terlepas aksi final Piala FA dan Piala Malaysia akibat penggantungan selepas mengumpul banyak kad kuning.Sementara itu, bekas pemain Kedah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyifatkan Alves seharusnya lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan yang boleh mengundang impak buruk kepada pasukan.
Namun, Akmal percaya tindakan tidak sepatutnya yang dilakukan Alves terutama ketika berdepan FC Seoul bukan disengajakan. “Tidak wajar untuk salahkan dia 100 peratus kerana dalam perlawanan di Liga Perdana Inggeris pernah berlaku perkara sebegini ketika pemain melompat untuk mendapatkan bola di udara, tangan pemain akan sedikit terangkat dan ia terjadi secara
spontan,” katanya.


No comments

Powered by Blogger.
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe