Header Ads

Bermain Tanpa GAJI,Tiada Masalah Untuk Menang




Kedah beraksi seperti tiada masalah berlaku, namun realitinya mereka turun dengan poket kosong untuk menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 dalam saingan Liga Super semalam.

Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, bukan mudah untuk mereka memberikan aksi terbaik meskipun sudah lima bulan gaji skuad Lang Merah tertunggak.


“Bayangkan kalau anda di tempat kami, turun dalam aksi kompetitif tanpa gaji. Jujur saya katakan bukan mudah. Pemain import pula berjauhan dari keluarga.

“Apa yang boleh saya katakan, disebabkan moral, sikap dan komitmen pemain membuatkan kami semua bersatu padu, termasuk staf kejurulatihan dan pihak di belakang tabir.

“Saya rasa inilah pasukan yang memiliki ramai pemain berjiwa pejuang, suka membantu bagi mencapai impian.

“Malam ini terbukti mereka dalam prestasi terbaik biarpun kami tiada duit di dalam bank, tetapi masih memberikan segalanya selama 90 minit demi memungut tiga mata,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.


BACA JUGA: Dedah Gaji Pemain Kepada UMUM Tak Professional - KPah Sherman 


Dalam saingan kelima Liga Super di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, Tchetche Kipre muncul wira apabila meledak dua gol, sekali gus membolehkan Lang Merah menduduki tangga keempat dengan tujuh mata.

Mengulas lanjut, Aidil berharap Lang Merah memberi sokongan dan kepercayaan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang kini berusaha melangsaikan tunggakan gaji minggu depan seperti dirancang.

“Ya saya dengar minggu depan (KFA nak langsaikan). Mereka telah melakukan yang terbaik, sekarang apa yang perlu kami lakukan adalah terus pandang ke depan.” katanya.


sumber:utusanmalaysia


VIDEO : Reaksi Aidil Sharin Selepas Kedah Menang | Profile Kpah Sherman & Tchetche Kipre Kedah FA 2020



HIGHLIGHT PDRM vs KEDAH 



No comments

Powered by Blogger.
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe