Header Ads

Kelayakkan Piala Dunia 2022: Kpah Sherman Wira Liberia Menjaringkan Gol Tewaskan Central African Republic





Penyerang import Kedah Darul Aman (KDA), Kpah Sherman muncul sebagai wira apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membantu negaranya, Liberia menewaskan Central African Republic, 1-0 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 (Zon Afrika).


Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan ketika separuh masa pertama dan sering kali gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang.


Namun, skuad kendalian bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler bangkit di separuh masa kedua dengan corak permainan yang lebih kemas sehingga berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 86.



Jaringan itu terhasil apabila Kpah Sherman menyudahkan tandukan rakan sepasukan dari sebelah kanan sekaligus memastikan tiga mata penuh menjadi milik Liberia.


Kemenangan itu cukup penting bagi menghidupkan peluang Liberia untuk rebut tiket ke Piala Dunia 2022 di Qatar. Hanya juara kumpulan sahaja akan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Afrika yang melibatkan 10 pasukan.



Liberia sebelum ini tewas 0-2 kepada pendahulu kumpulan, Nigeria pada 3 September lepas. Baki 4 lagi perlawanan lagi akan kembali bersambung pada bulan Oktober hingga November.


Selepas perlawanan ini, Kpah Sherman akan pulang ke Malaysia bagi membantu Kedah mengarungi baki perlawanan Liga Malaysia.


Follow kami di : Youtube | Facebook | Group Facebook | Instagram | Twitter | Dilymotion | Blog


sumber : Vocketfc 

No comments

Powered by Blogger.
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe