Header Ads

Tahniah JDT,Janganlah Bersara Nanti Tak Ada Geng Nak Berperang




Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menjuarai perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Sabtu.


Menteri Besar Kedah itu juga gembira kerana kemenangan berkenaan mengubah hasrat pemilik pasukan terbabit, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak akan bersara daripada arena bola sepak negara.


Menurutnya, hanya individu yang melepasi usia  tua saja, memilih untuk bersara namun ia hak masing-masing untuk berbuat demikian.


“Tahniah kepada JDT atas kemenangan Piala Sumbangsih. Bersara atau tidak itu pilihan masing-masing, orang yang nak bersara biasanya tua, yang muda nak bersara buat apa?” katanya.


video:   Maskot & Slogan Baru Kedah Darul Aman Fc 2022


Muhammad Sanusi mengulas hasrat Tunku Ismail untuk berundur daripada arena bola sepak negara jika JDT tewas kepada Kuala Lumpur (KL) City FC bagi merebut Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.


“Orang tua pun main bola lagi, janganlah bersara. Nanti saya tak ada saingan pula untuk ‘memanaskan’ suasana di luar padang," kata beliau dalam nada berseloroh.


Sebelum itu, Tunku Ismail menerusi Instagram miliknya pada Jumaat menyatakan tidak akan terlibat dalam aktiviti bola sepak negara jika pasukan itu kalah kepada KL City FC.





"Jikalau kalah esok (Sabtu), saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara," tulis Tunku Ismail di media sosial itu.


Apapun Tahniah kepada Johor Darul Tak'zim (JDT) atas kemenangan piala sumbangsih musim 2022 mengalahkan KL City di stadium Sultan Ibrahim tempoh hari.



No comments

Powered by Blogger.
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe