Header Ads

Renan Alves Ingin Kembali Ke KDA FC Tapi Bersyarat

 



BEKAS pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Renan Alves meluahkan hasratnya untuk kembali ke pangkuan pasukan itu.


Sebelum ini, laman Instagram arena_bolasepak_kedah memuat naik gambar Renan disertai dengan kapsyen bahawa peminat merindukan penampilan semula legenda bola sepak tersebut dalam KDA FC.


VIDEO : Penjelasan Aidil Shahrin Kenapa "Lepaskan" Renan Alves Dari Kem Kedah  


“Rindu hang matnan (nama panggilan Renan),” katanya.




Selain membalas hantaran itu dengan emoji hati hijau dan kuning, Renan seolah-olah bersetuju mahu kembali ke KDA FC dengan syarat pemain pertahanan Sabah FC yang juga bekas pemain KDA FC, Mohd Rizal Ghazali perlu turut serta.


Renan yang pernah beraksi bersama Kedah selama tiga musim bermula 2019 ketika ini merupakan pemain kelab Barito Putera di Indonesia ketika ini sedang bercuti di negaranya, Brazil selepas Liga 1 Indonesia melabuhkan tirainya bulan Mac yang lalu.


Beliau juga dikhabarkan menjadi rebutan kelab-kelab di Indonesia selepas mempamerkan aksi berkualiti di Liga Indonesia.




Beliau juga diangkat sebagai wira pasukan selepas mempamerkan aksi berkualiti bersama pasukannya dan lebih manis lagi, beliau merupakan tonggak utama pasukan yang menyelamatkan pasukannya dari turun liga

No comments

Powered by Blogger.
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe