Header Ads

"KEPUTUSAN KFA ADALAH KESILAPAN MEMAKAN DIRI"-KEPDA

SILAP BESAR GUGURKAN NANDO!

Kedah dianggap melakukan kesilapan besar apabila tidak menyambung kontrak penyerang import, Fernando Rodriguez bagi musim 2020.
Pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah berkata penyerang yang berasal dari Sepanyol itu sudah membuktikan kemampuannya dan patut dikekalkan.
"Dia muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Malaysia dengan 21 gol serta membantu Kedah menjuarai Piala FA dan layak ke final Piala Malaysia. Jadi, saya tidak faham atas asas apa Nando digugurkan.
"Sepatutnya Kedah mengekalkan Nando di samping mencari penyerang import baharu bagi menggantikan tempat Jonathan Bauman dan digandingkan dengan Nando.
"Jika benar Kedah berminat dengan Kpah Sherman, saya yakin gandingannya dengan Nando pasti menjadikan kami lebih hebat musim depan.
"Bagi saya, keputusan Kedah itu (menggugurkan Rodriguez) adalah kesilapan yang mungkin boleh memakan diri," kata Asmadi.
Selepas pengguguran Rodriguez dan Bauman, Kedah kini hangat dikaitkan dengan bekas penyerang import Terengganu, Kipre Tchetche dan penjaring terbanyak PKNS FC, Sherman.
Namun, kelibat Tchetche yang turut dikesan berada di Perak, baru-baru ini mencetuskan persoalan kepada penyokong Kedah.
"Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran spekulasi yang mengaitkan Tchetche dengan Kedah, selagi dia belum menurunkan tanda tangan, pelbagai perkara boleh berlaku.
"Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran," ujar Asmadi, sekali lagi merujuk kepada isu pengguguran Rodriguez.

VIDEO PERPISAHAN NANDO & BAUMAN

No comments

Powered by Blogger.
Youtube Channel Image
PKSR Subscribe To watch more Blogging PKSR
Subscribe