MUKTAMAT NANDO DAN BAUMAN SAH TINGGALKAN KEDAH
FERNANDO DAN BAUMAN DIRAIKAN DALAM MAJLIS MAKAN MALAM.
En. Anas Hafiz Mustaffa, Naib Presiden KFA 1 merangkap Ketua Unit Skuad Liga Super Kedah mengadakan satu majlis makan malam di Restoran Berputar Menara Alor Setar sebagai tanda perpisahan buat 2 pemain import skuad hijaukuning musim 2019 iaitu Fernando Rodriguez dan Jonatan Bauman.
Turut hadir En. Shahrul Samsudin, Setiausaha Eksekutif KFA, En. Al-Naliq Hasmi Abu Hassan, Pengurus Pasukan Liga Super Kedah, En. Shafarizam Baderon, Penolong Pengurus Pasukan dan En. Ruzaini Radzi, Bendahari Kehormat KFA.
Pengurusan pasukan memutuskan untuk tidak menawarkan kontrak baru buat 2 pemain tersebut dan mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya bolasepak mereka di masa hadapan.
Sebelum pulang, Fernando dan Bauman turut menerima sambutan oleh Ultras Kedah di perkarangan Menara Alor Setar sebagai tanda perpisahan dan penghargaan sumbangan mereka membantu Kedah mencipta episod kejayaan manis musim ini.
Fernando akan bertolak pulang melalui penerbangan MAS Rabu 3:00 petang dari Alor Setar manakala Bauman pada hari Khamis ini.
Post a Comment